Ya ALLAH
Dengan berkat Nabi-MU
Dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku
Agar aku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku
Agar aku tidak tergugat
Dengan ujian yang menimpa
Ya ALLAH
Tuhan yang mencipta hati
bersihkanlah hatiku
Agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan
Kehidupan orang lain
Wahai Tuhan…
Yang membolak balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tidak berubah
Supaya aku sentiasa tabah
Ya TuhanKu…
ENGKAU rasakanlah hatiku
Agar sentiasa bersama-MU
Supaya aku rasa
Ada kawan melindungiku
Agar aku tak rasa sepi
Di dalam hidupku
Dan merasa malu
Melanggar perintah
Dan sentiasa siap sedia
Melaksanakan perintah-MU
Ya ALLAH…
Tuhan yang menjaga hati
Lindungilah hatiku
Agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianati
Dan tidak mmpunyai hasat
Dan tidak berdendam
Sesama manusia
Ya TuhanKu…
Limpahkanlah ke dalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Sehingga aku dapat menyuluh hati
Dan menyuluh kehidupanku
Supaya zahir batinku menjadi taat
Ya TuhanKu…
Aku berharap ENGKAU
Kabulkanlah doaku ini
Amin..
Amin..
Yarabbalalamin..
copyright :http://ratumia.blogspot.com/
♥ї ʟ☺♥℮ ƴ◎ü♥
❤❤❤
cilok.. bayo sepocen pat.. hihi
ReplyDelete